Sunday, August 28, 2011

cuba skincare baru


hari ni i had a nice long awaited & postponed facial treatment. kali ni aku cuba something new. cuba product cellnique. (terpengaruh dengan nana AF). hrtu aku terbaca blog dia. dia cerita pasal skincare yg dia pakai. mmg jauh beza complexion nana AF dulu & sekarang. tapi besides nana AF ada lagi a few people yang bagi good reviews about cellnique. so, atas dasar terpengaruh, aku pun ingin mencuba sesuatu yang baru. at the moment aku pakai produk campur2. macam2 ada. eumora soap bar, dermalogica special cleansing gel, dermalogica multi active toner, simplysiti C Bright 5in1 cream & simplysiti C Bright Serum. simplysiti pun ada.. sokonglah produk buatan malaysia.. :p

actually eumora really helped me overcome my oily t zone problem. oil seed yg tumbuh mcm cendawan kat muka pun berjaya ditentang oleh eumora. tau tak satu masa dulu masa aku ada problem complexion byk bijik2 tu, aku pergi klinik dr kelly anesthetist yg entah bertauliah ke tidak tu. dia kata bijik2 kat muka aku tu warts! dia soh aku buat laser treatment yang sakit nak mampuih tapi tak solve pun problem. benda alah bijik2 tu keluar balik merrily. bijik2 tu ripa2nya oil seeds. apa le punya dr kelly. oil seed dgn ketuat pun tak tau beza? apa punya anesthetist entah le dia tu. cap ayam sungguh.

tapi masalah yang timbul bila aku pakai eumora lepas 1 thn lebih ni, dia buat overall complexion jadi terlalu kering bila pakai long term. kulit kat u-zone jadi kesat. so.. aku rasa dah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yg baru. cellnique..


hopefully percubaan yang berbaloi...

Friday, August 26, 2011

diam membisu

dah lamanya tak update blog. dah bersawang kot blog ni. setelah sekian lama aku membisu, hari ni aku rasa mcm nak bukak blog & update sikit tentang apa yang aku buat selama aku mendiamkan diri. actually bukannya buat apa pun, juz that takde mood, takde modal nak berceloteh & bulan puasa kan.. processor jadi slow mo.

tapi kan, sejak bulan puasa ni, aku suka sgt dok dapur lepas2 time kerja tu buat cake, cupcakes & cookies. cuba2 recipe baru.. ada yang sedap, ada yang hampeh. semua belajar guna internet & you tube. syok jugak baking ni sebenarnya. berguna sungguh oven all in 1 amway yang aku beli drp faizah, staff kakak aku tu. itu lah bread maker, itu lah oven, itulah toaster, itu lah segalanya. walaupun cute kemetot je size dia, tapi puas aku buat cake guna dia.





selain daripada baking-unlimited.com, lepas2 kerja tu aku suka browsing internet utk collect recipe2. baking je. masak2 takde pun sepanjang bulan puasa ni. semua maid tersohor aku yang buat. oh ye, ada seketika hrtu aku ada 2 maid. so life was like wow.. relax habis. maid aku yg dah keje almost 4 years tu decided to quit & now she's gone. i'm back to having 1 maid now.

maid yg sekarang ni bagus bangat. i took her for my parents in law. oleh kerana aku ada anak kecik & takut nak ambik risk maid baru utk jaga anak2 aku, aku decide utk bwk bibik dtg keje utk aku & ambik bibik baru utk parents in law. kat situ tak ada baby so not so kritikal. bibik aku ni sgt cekap, bersih & orangnya jenis suka kemas nak dibandingkan dgn ex maid aku yg dah blah tu. anak2 aku pun suka kat dia. last 2 days we went shopping for some raya stuffs for her. kesian tgk baju dia selekeh. bagi la dia bergaya sikit raya ni.

well, that's it for now. to infinity.. and beyond!!

Friday, June 24, 2011

al-fatihah

ya Allah, kau cucuri lah rahmatmu ke atas roh ibu mertuaku, patimah binti mohd sah. ampunkan lah segala dosa dosanya. tempatkan lah dia di kalangan orang orang yang beriman. lepaskan lah dia dari seksa kubur. berikan lah dia kebahagiaan dan ketenangan dari mula alam barzakhnya sehingga ke akhirat kelak. amin.


"bertenang lah di sana, mak. kami semua redha dengan ketentuan Allah yang lebih sayangkan mak. ampunkan lah kami sekiranya ada tersalah laku dan kata yang telah menyinggung perasaan mak.
semoga kita berjumpa semula di akhirat nanti. we miss you..."

16062011. 2355 hrs

Tuesday, May 17, 2011

bliss

Last week i had a really relaxing session with my sister buttercup at keyside spa. We had mani pedi & body massage. I love spas.. The aroma & scents that manage to ease tension. Mmmmmmm... Bliss!

Thursday, May 12, 2011

syukur alhamdulillah

sebab tu lah mak selalu pesan, kita kena bersyukur je dgn apa yg berlaku. semua ujian yg Allah turunkan pada kita tu ada hikmah disebaliknya. biar org buat kita tapi kita jgn buat org. pepatah mak tu mmg sangat tak relevan dgn jiwa aku sbb bagi aku, mana boleh org asik pijak kepala kita? takkan kita nak buat diam je kena pijak dgn org? tapi betul lah cakap mak. Allah tu maha berkuasa. hari ni org dengki kat kita, esok lusa Allah akan bg kita happy. syukur alhamdulillah, musim kemarau yg melanda akhirnya berhenti. akhirnya doa dan hajat aku termakbul jugak. sikit sebanyak ada juga rezeki yg Allah curahkan.

tapi, aku amat2 bersyukur sebab aku dilahirkan dlm keluarga yg sgt penyayang, mendorong, tolong menolong & sanggup bersama2 dgn aku tak kira masa senang ataupun susah. tq Allah atas nikmat yg kau berikan padaku..

Monday, April 18, 2011

ujian Allah

dunia ni memang penuh dengan dugaan & cabaran. tu semua ujian dari Allah s.w.t.. setiap orang mesti tak terlepas daripada ujianNya. tahun ni, memang aku mendapat ujian yang bertalu-talu drpNya. lepas satu, satu Dia menguji aku. sebagai sorang manusia lemah yang tahap keimanan tak lah setinggi mana, aku memang kadang2 rasa tension tahap gunung berapi nak meletop, tahap gempa 100 skala rektor, tahap... tahap apa2 lah yang tak terkata lagi dah! tapi what to do? aku hanya mampu berusaha, buat apa yang terdaya, selebihnya aku doa & tawakkal je lah. tapi aku heran lah.. kenapa lah dlm dunia ni ada manusia yang berspesiskan cicak? sebenarnya, aku nak golongkan manusia ni dlm golongan binatang yg lebih keji dari cicak tapi takpe lah, tahap kesabaran aku masih ada lg sikit2. cicak pun dah cukup teruk dah, zaman nabi dulu kan cicak khianat nabi. so, oleh kerana manusia yg aku maksudkan ni kaya dgn sifat2 dengki, khianat & busuk hati, dia amat sesuai sekali digolongkan dlm kategori cicak. haiiihhh, zaman sains & teknologi ni pun masih wujud barberian. ambik tindakan tanpa memperdulikan undang2. takpe lah si cicak yang bangang, selagi kau ada kuasa & berjawatan ni, kau buatlah apa yg kau nak sesuka hati kau. Allah maha adil. harini kau kenakan orang, satu hari nanti kau yang akan terkena. masa tu, barulah kau tahu pangkat & kuasa kalau disalahguna, akhirnya kau takkan disanjung tapi akan dilambung, ditendang & dipijak2 sampai penyek. stupid barberian. *sighhhhh...* walaubagaimanapun, takpe lah. aku terima ujian2 ni semua dgn redha & kesyukuran. bak kata pepatah, 'tak jatuh, tak pandai'. so bila terjatuh tu, gagahkan diri utk bangun balik. kalau ada luka2 kecik akibat terjatuh tu, letak antiseptik, tampal plaster & paksa diri utk teruskan usaha & perjalanan. mudah2an, aku dijauhkan dari dugaan & ujian yang diluar kemampuan aku. amin...

Tuesday, April 12, 2011

10 april 2011

i thank to Allah swt for giving me such a wonderful in laws. they treat me like their own daughter. they love my children dearly. my father in law has been helping me picking up mukhriz everyday from school. thanks alot dear father in law for being so willing. both my in laws are such a great sport. they never bug into their children's personal life and they let their children be free to choose their own paths & make their own decisions in life.

last weekend, we celebrated my in-laws wedding 39th year anniversary & my father in-law's 63rd b'day.

happy anniversary to my in laws. happy birthday to my father in law.