Monday, April 18, 2011

ujian Allah

dunia ni memang penuh dengan dugaan & cabaran. tu semua ujian dari Allah s.w.t.. setiap orang mesti tak terlepas daripada ujianNya. tahun ni, memang aku mendapat ujian yang bertalu-talu drpNya. lepas satu, satu Dia menguji aku. sebagai sorang manusia lemah yang tahap keimanan tak lah setinggi mana, aku memang kadang2 rasa tension tahap gunung berapi nak meletop, tahap gempa 100 skala rektor, tahap... tahap apa2 lah yang tak terkata lagi dah! tapi what to do? aku hanya mampu berusaha, buat apa yang terdaya, selebihnya aku doa & tawakkal je lah. tapi aku heran lah.. kenapa lah dlm dunia ni ada manusia yang berspesiskan cicak? sebenarnya, aku nak golongkan manusia ni dlm golongan binatang yg lebih keji dari cicak tapi takpe lah, tahap kesabaran aku masih ada lg sikit2. cicak pun dah cukup teruk dah, zaman nabi dulu kan cicak khianat nabi. so, oleh kerana manusia yg aku maksudkan ni kaya dgn sifat2 dengki, khianat & busuk hati, dia amat sesuai sekali digolongkan dlm kategori cicak. haiiihhh, zaman sains & teknologi ni pun masih wujud barberian. ambik tindakan tanpa memperdulikan undang2. takpe lah si cicak yang bangang, selagi kau ada kuasa & berjawatan ni, kau buatlah apa yg kau nak sesuka hati kau. Allah maha adil. harini kau kenakan orang, satu hari nanti kau yang akan terkena. masa tu, barulah kau tahu pangkat & kuasa kalau disalahguna, akhirnya kau takkan disanjung tapi akan dilambung, ditendang & dipijak2 sampai penyek. stupid barberian. *sighhhhh...* walaubagaimanapun, takpe lah. aku terima ujian2 ni semua dgn redha & kesyukuran. bak kata pepatah, 'tak jatuh, tak pandai'. so bila terjatuh tu, gagahkan diri utk bangun balik. kalau ada luka2 kecik akibat terjatuh tu, letak antiseptik, tampal plaster & paksa diri utk teruskan usaha & perjalanan. mudah2an, aku dijauhkan dari dugaan & ujian yang diluar kemampuan aku. amin...

2 comments:

Adillah A Nordin said...

Kesiannya adindaku.. Yang pasti: Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah, InsyaAllah.. Looks like you + zz are going through a lot of rainy days & thunderstorms before you can both enjoy the rainbow.. Chin up & hang in there! We are made of strong stuffs! Allah Maha Besar & Maha Penyayang!

Blinks said...

Setiap ujian yang diberikan, adalah berada didalam kemampuan kita, insyaallah....Allah lebih tahu kemampuan setiap hambaNya.....
Cuma kita jek jgn cepat melatah....pikir dengan rasional....aku tau ko memang tabah bubs....n bijak in handling evry situation.....b strong bubs....